Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Sunday, 23 September 2012

Dunia...tiada siapa yang faham..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Tertarik dan terus mendengar. Teman Pengganti. Dan aku hanya menghayatai bait liriknya. Dunia....


"Aku terasa susah nak teruskan perjalanan di dunia ni."


Diam. Dan akhirnya menyambung. "Tapi aku kene sabar, kan? Kene teruskan juga, kan?" Mata melihat ke hadapan dan tangan sebelah setia di stereng kereta. Sebelah lagi menguatkan volume dan mendengar DJ berceloteh.


"Kau kene sabar. Allah sayang dengan orang yang sabar"


Mata berair dan tergelak. "Kau janganlah cakap macam tu. Kan aku dah menangis" Dan kami sama-sama tergelak.


Dunia. Terkadang, terasa hendak berputus asa. Terkadang, terasa seperti ingin lelah dan terbaring di situ tanpa meneruskan perjalanan. Hanya ingin menanti dan terus menanti saat dipanggil. Terkadang, terlalu menyesakkan untuk meneruskan kehidupan ini.


Dunia. Dihadirkan bukanlah untuk diraih keuntungan harta yang melimpah ruah tetapi mempergunakan segalanya untuk meraih keredhaan Allah.


"Banyak-banyaklah berdoa. Kita tak tahu rezeki apa yang DIA akan bagi. Kita doa kita nak bahagia tapi sebenarnya kita nakkan ketenangan. Apa yang kita nak, DIA lebih Maha Memahami"


Terkadang, memang betul kita selalu menyangka kita tahu apa sebenarnya yang kita nak, tapi sebenarnya kita hanya menipu diri kita. Sungguh, hanya DIA lah yang Maha Memahami lagi Maha Mengetahui, DIA tahu apa yang kita perlukan sebenarnya.


"Sebenarnya, tiada siapa pun yang faham dengan kita, malah, diri kita sendiri pun tak faham diri sendiri. Yang faham, hanyalah Allah swt"


Semua manusia punya masalah. Tapi, apa yang membezakan mereka dan kita adalah cara kita menyampaikan kita sedang dalam masalah. Terkadang, manusia mengharap kita memahami dia sedangkan kita pula sangkakan apa yang kita buat itu sudah sesuai dengan sangkaan kita memahami dia.


Dunia. Sungguh, di sinilah tempat kita menerima latihan. Yang terkadang jatuh dan terjatuh, bangun dan berjalan.


"Akak, akak nak tahu tak satu cerita. Sepanjang hujung minggu lepas, saya jaga seorang sahabat yang sakit. Dia sedang diuji dengan ujian yang sangat berat. Sehingga dia pernah menjadikan Allah sebagai musuh. Membenci setiap orang islam dan syiarNYA. Tapi akak nak tahu, apa yang dia cakap kat saya, dia cakap semua ini kerana Allah nak tengok sejauh mana mujahadah dia untuk dapakan ilmu Allah, dan Allah nak tarbiyah dia bagaimana nak dapatkan keikhlasan menjadi hamba Allah untuk pergi ke sana. Sudah enam tahun dia membilang hari bila sakitnya akan sembuh dan terkadang berputus asa. Saya sangat-sangat tersentuh dengan keadaan dia. Setiap kali saya jumpa dia, mesti saya teringat kat akak..Dua insan yang saya kenal yang diuji dengan ujian yang sangat berat"


Tiba-tiba, air mata itu menitis. Dan bibir hanya mampu mengukir senyuman. Memang, tubuh ini pinjamanNYA untuk DIA menguji kelekaan dan kelalaian kita seberapa jauh. Maka ianya menyentap dan tersentap, lalu kita terkedu, dan kemudian kembali semula kepadaNYA.


Tipulah manusia itu apabila dia menyangkakan bahawa dia sedang dalam kebahagiaan yang berkekalan. Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya hanyalah ujian yang menjadikan kita terus "sedar diri" bahawa kita adalah hambaNYA yang meminjam segala nikmat sebagai penentu syurga atau neraka.


Manusia benar-benar tertipu apabila dia menyangka apa yang dia miliki itu adalah haknya, sedangkan DIA menyediakan untuk kita berfikir dan kemudian mengharapkan pertolonganNYA. Sungguh, manusia sering kali terlupa dan terleka dengan barang pinjamanNYA.


"Kita hidup kejap je. Tapi manusia selalu buat-buat dunia ni macam tempat lama dia bermain-main. Kita tetap akan kembali ke sisiNYA."


Terkadang ada manusia menganggap kata-kata nasihat itu hanya orang yang sempurna untuk menuturkannya. Sering kali manusia mempersoalkan penuturnya yang terkadang terlupa dan pelupa akan segala kata-katanya. Manusia barangkali lupa bahawa kata-kata yang hadir itu adalah atas izinNYA yang mana DIA lah penggerak bibir manusia itu. Dan bukanlah kata-kata itu sebagai diri penutur yang sempurna.


"Saya tetap perlukan manusia sekeliling untuk mengingatkan saya. Saya ni manusia biasa."


Sungguh, dunia akhir zaman yang sangat melelahkan, manusia lebih menggunakan kata-kata perasaan dari hujah dan dalil dariNYA dan Rasul. Maka semuanya hanyalah berkisar perasaan.


Inilah dunia. Yang mana sebentar lagi kita sedang meniti alam akhirat. Hanya sebentar sahaja lagi......


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”