Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Berkata Syeikh Ahmad bin Abi al-Huwara di dalam kitab Zuhud: Aku telah mendengar sebahagian daripada sahabat kami, kalau tidak salah dia ialah Abu Sulaiman ad-Darani rhadhiyallahu ‘anhu berkata:

Sesungguhnya bagi iblis itu ada seorang syaitan yang bertugas untuk merosakkan amalan seorang ahli ‘ibadat yang mungkin mengambil masa 20 tahun lamanya. Tugasnya adalah menggoda ahli itu sehingga ia bercerita kepada orang lain yang ia melakukan sesuatu amalan dalam rahsianya. Maka syaitan ini akan merasa puas hati kalau boleh ia menjadikan pahala ahli ‘ibadat itu menurun daripada tingkatan sirr (rahsia) kepada tingkatan jahr (nyata).

Tuesday 14 May 2013

Sebuah kenangan pada sebuah persahabatan itu.



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.




Terselak dan tercari.



Di suatu masa, berjalan dan terus berjalan, berlegar ke arah misteri sebuah kehidupan. Menanti dan tercari, dan akhirnya, aku terduduk, kelelahan.



"Akak kuat. Akak kuat. Saya tahu akak kuat"



"Arghhh..." tak tertahan dan air mata itu mengalir. Mengongoi seperti seorang anak kecil. Kaki yang kuat itu tiba-tiba goyah dan akhirnya jatuh. Terduduk.



Tangannya terus memaut, dan memeluk. "Saya tahu akak kuat. Saya tahu akak kuat"



Dan bahunya basah dibasahi oleh air mata itu.



Terkenang dan tanpa disedari, air mata itu mengalir. Nor Hasyimah yang ku panggil Ima. Tiba-tiba akak sangat merindui dirimu.



"Selalunya, orang yang betul-betul akak rapat, yang tahu kisah hidup akak, adalah orang yang mana kawan-kawan dia bukan kawan-kawan akak. Dan kawan-kawan akak juga bukan kawan-kawan dia. Jadinya Iman, masa belajar ni, buatlah konsep ini supaya kita tak terikat dengan sesiapa pun sebab kebanyakan kawan akan membuatkan kita terikat untuk menambah ilmu dengan lebih banyak lagi. Cuba kita tengok masa zaman ulama' dulu, kawan-kawan bukan yang sentiasa menemani mereka untuk pergi mencari ilmu. Semuanya sendiri-sendiri. Kalau pun berhubung masa dalam kelas atau di luar secara kebetulan"


Khusyuk mendengar, dan kami berkongsikan pelbagai lagi yang mana ianya amat membuatkan hati kami tersentuh, kembali bermuhasabah diri. 


Bukan semua orang kita boleh jadikan sahabat yang akrab dengan kita. Seringkali manusia tersilap menilai sahabat baik adalah yang bersama-sama melakukan aktiviti keseronokan berpoya bersama. 


"Akak, saya nak upload eah?"


"Jangan nak mengada-ngada. Akak lempang laju-laju kang"


Tergelak.


"Kenapa?"


Diam. Dan aku membalas persoalannya dengan pertanyaan juga. "Cuba bagitahu akak, sebab kenapa perlu upload?"


"Untuk kenangan"


Tergelak besar. "Kenangan biarlah kat dalam folder peribadi je, kan? Betul?"


Tergelak besar kali ini, "Alar kak, boleh lah" masih lagi memujukku untuk meletakkan gambar yang ditangkap bersama denganku ke dalam WeChat.


"Nope. Tak boleh. Tak boleh. "


Dan terus berjalan memilih barang.


Bukan sebab aku tak suka orang tahu aku rapat dengan dia, tapi sebab aku tak suka manusia menjadi kepoci tanya macam-macam siapakah orang di sisinya. Dan aku juga tak suka untuk menjadi tajuk pada sebuah komen-komen yang diselangi dengan persoalan, gelak ketawa, dan cemburu mencemburui. 


"Harap tak letak lah ea gambar aku. Mintak ko bagitahu kat semua yang tangkap gambar kahwin ko ni. Cakap aku tak redha"


Seorang sahabat yang lebih faham dan mengerti apakah maksud tersirat permintaanku. Menjadi pengapitnya dan pastilah gambarku akan terselit. 


Duduk sambil berzikir di lapangan yang luas di ruang solat wanita. Dan kemudian Iman hadir di sisiku. 


"Iman, akak bersyukur Allah mentakdirkan akak bertemu dengan Iman. Walaupun selama hampir lima tahun kita menjadi sahabat internet, tapi bila bertemu, akak tak tahu rasa dan perasaan indah yang membuatkan akak inginkan pertemuan ni berkesudahan di sana. Akak jarang ada perasaan seperti ini. Tapi, apa pun, percayalah pada hati. Akak selalu jumpa sahabat yang berkata bermacam-macam kata keakraban kepada akak dan akak jarang merasakannya sampai ke dalam hati. Dan yang jarang sampai merasa ke dalam hati tulah budak-budak yang diakhirnya mendatangkan mudarat dan masalah kepada akak. Akak cuma anggap itu hanyalah ujian dalam persahabatan."


Tersenyum.


"Tanda niat persahabatan yang bukan kerana Allah adalah apabila ditegur, dia tak ambil berat langsung pada apa yang kita katakan, kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dan berkata juga Amirul Mukminin Umar al-Khattab, orang yang berakal adalah orang yang menerma nasihat dan meminta dinasihati"


Mengangguk dan aku hanya merenung dan mengenangkan beberapa sahabat yang apabila ditegur, melenting seolah-olah dirinya tak pernah melakukan apa-apa kesalahan.


"Dik, akak ada tak buat adik terasa hati? Kalau ada, akak minta maaf. Dan kalau ada apa-apa yang adik nak tegur akak, tegurlah ye kerana setiap hambaNYA sangat merindukan nasihat seorang sahabat untuk dia sentiasa kembali kepada Allah"


Teringat seorang adik di Facebook yang pada pertemuan kali pertama kali di sebuah masjid, tapi bertemu di ruang yang terlalu luas itu secara kebetulan.


"Wahhh, tak sangka FB ni rupanya FB akak. Saya selalu juga tengok-tengok barang jualan akak. Tak sangka pulak ini FB akak." Satu masa kami bertemu semula di ruang yang berbeza.


Pengalaman bersahabat dari pelbagai lapisan dan di pelbagai ruang membuatkan aku lebih mengetahui cara dan rentak persahabatan dari seseorang.


"Baiklah, akak perlu menyedari bahawa penulis status-status tersebut adalah seorang budak-budak, maka akak kene lebih tabah melihatnya. Baiklah" sambil tersenyum dan adik di sisi tergelak mengetahui bahawa kata-kataku itu ditujukan kepada dia. 



Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 
~Sheikh Abdul Qadir Jailani~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”